Daisypath Anniversary tickers

Wednesday

always in my heart ♥

Bernama.com
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia

Pegawai CIMB Maut, Kereta Terjatuh Bukit Setinggi 25M
Am
18 September, 2006 23:35 PM
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Pemangku Naib Presiden Bahagian Undang-Undang Commerce International Merchant Bankers Berhad (CIMB), Norhalili Yahya, maut setelah keretanya terjatuh setinggi 25 meter dari ruang letak kereta terbuka yang terletak di atas bukit berhampiran bangunan CIMB di Jalan Semantan di sini pagi Isnin.

Norhalili, 45, dipercayai tersalah menekan pedal minyak menyebabkan keretanya jenis Kia Rio tiba-tiba melonjak ke atas pembahagi jalan sebelum terjunam ke bawah bukit.

Pembantu Pengurus Besar Komunikasi Korporat CIMB, Tengku Zarina Tengku Ibrahim berkata Norhalili adalah pemangku Naib Presiden Bahagian Undang-Undang CIMB sejak enam tahun lalu.

Seorang saksi, Mohd Hafis Hashim, 21, berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 7.15 pagi ketika dia dan seorang rakannya terdengar bunyi dentuman kuat.

"Saya terkejut dan lihat sebuah kereta terjatuh dari bahagian atas bukit, dan saya terus menghubungi polis," katanya di tempat kejadian.

Seorang pengawal keselamatan di situ, yang hanya mahu dikenali sebagai Azhari, 30-an, berkata Norhalili biasanya datang awal ke pejabat untuk mendapatkan ruang letak kereta yang agak terhad di kawasan itu.

"Kebiasaannya mangsa sampai dalam pukul 6.30 pagi dan akan tidur di dalam kereta sementara menunggu waktu masuk ke pejabat.

"Parking di sini selalu tidak cukup, jika datang lambat pasti parking di luar akan penuh dan ini menyebabkan masing-masing perlu datang awal," katanya.

Sementara itu, suami Norhalili, Shuib Osman, 48, seorang juruterbang, berkata isterinya keluar rumah pada pukul 6 pagi Isnin dan sempat berpesan agar menjaga anak bongsu mereka yang tidak sihat.

"Dia keluar ketika saya ingin ke masjid untuk sembahyang subuh dan arwah meminta agar tengokkan anak bongsu yang demam kerana mungkin dia tak dapat ke sekolah hari ini dan lebih kurang pukul 7.30 (pagi), saya dapat berita kematiannya," katanya ketika ditemui di bilik mayat Pusat Perubatan Universiti Malaya di sini.

Shuib berkata Ahad malam isterinya sempat berbincang dengannya mengenai rancangan untuk pulang ke kampungnya di Muar, Johor pada Hari Raya akan datang.

Norhalili, yang berasal dari Petaling Jaya, adalah anak sulung daripada lima beradik dan meninggalkan tiga orang anak, Mohd Faiz, 16, Noramira, 12 dan Mohd Arif, 7 tahun.

Menurut adik Norhalili, Azman Yahya, kakaknya bercadang untuk memilih skim pemberhentian kerja sukarela (VSS) syarikat itu baru-baru ini kerana keadaan kewangan keluarga itu sudah terjamin.

Beliau tidak menyatakan kenapa kakaknya itu tidak memilih skim itu.

Kira-kira 200 orang menghadiri upacara pengebumian selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam USJ 22.

-- BERNAMA

p/s : tryna suit up the blog song and the blog post. peace

1 comment:

Anonymous said...

my mum knows your aunty! alfatihah


liyana