Assalamualaikum..
hi semua. hari ni cik Tia nak cerita, share, berangan, hermm semua lah. hihi
pernah dengar tak Puding DiRaja ?
kalau pernah dengar, pernah terlintas tak macam mana rupa puding tu ?
ni dia..
-
-
-
-
actually kalau kitorang (cik Tia and cousins) balik Pekan je, memang ni la main menu kitorang. tempoyak ikan patin ke apa ke, memang tak pandang dah. hee
Jalan Rompin Lama, Pekan ni sebenar-benarnya kampung arwah nenek i yang dibesarkan di situ. memang dari nenek moyang i lagi dah jadi orang lama Pekan. seperilmuan i selama 19tahun hidup ni, (ada ke ayat tu -.-), yang i ingat, arwah nyang (nenek i punya emak) dan Tok Muda Sulaiman (nenek i punya ayah) mempunyai hubungan keluarga yang sangat rapat dengan kerabat Pahang. itu je yang i ingat dan i faham tentang keturunan i. kalau balik Pekan tu memang berborak sampai ke pagi dengan Tok sedara. cerita pasal zaman dolu-dolu. arwah nenek sepupu dengan kerabat di Pahang (lebih lanjut kena tanya Papa, hee) bila jatuh ke Papa, jadi lah dua pupu. bila jatuh je cik Tia, jadi lah tiga pupu. jauh sangat tu. malu lah nak digembar-gemburkan. hihi. al-maklum lah, cik Tia dah takda atok dan nenek, jadi menumpang kasih Tok sedara pun jadi lah.. hihi. jadi, nak di jadi kan cerita, Puding DiRaja ni asal nya hanya dihidangkan untuk Tuanku Sultan Pahang sahaja. tapi sekarang, Puding Diraja ni dah di komersial kan dan diiktiraf sebagai makanan istimewa bagi daerah Pekan. jadi kalau siapa-siapa duduk di Pekan tu, memang kita sebenarnya bersaudara la :)
Puding Diraja, khas dari Pekan. wahh. gitu..
actually tak semua orang tahu cara-cara membuat Puding DiRaja ni, jadi cik Tia ni boleh dikategori lucky lah sebab dapat merasa Puding Diraja yang exactly kerabat di Pahang makan. i mean, chef yang sama la. hehe
Puding ni Tok Teh bawak dari Pekan ke Cheras, dua hari lepas. ada makan-makan sikit kat rumah Tok Chor since Tok Chor & suami dan Tok Lang berangkat ke Tanah Suci Mekkah, semalam.
Alhamdulillah, walaupun tak dapat ikut Mami hantar mereka-mereka di KLIA, dapat berkumpul ramai-ramai dengan big family di Pekan semalam pun jadi lah.. dapat lah jugak tapau Puding DiRaja ni untuk Safar i rasa. hehe..
masa nak balik salam Tok Teh tu, Tok Teh kata
'bila nak balik kampung lagi?'
'kampung?'
'kampung awak la, Pekan'
'Pekan kampung Tia jugak eh?'
'iyelah, kampung nenek awak'
(ya Allah suka gila kot TokTeh kata i ada kampung! ngeee)
*makna nya i nanti ada dua kampung la ye ? satu kat Pekan, satu lagi kat Alor Setar. wahhh over nyahh. lambat lagi yang Alor Setar tu =P
sukasukasuka. dah terberangan dah tau raya nanti di Pekan dan Alor Setar. no more beraya ni KL or Selangor. yeaayyyy
okay twiittt, speaking of Royal Pudding, i nak jadi kan Royal Pudding ni sebagai salah satu hantaran perkahwinan i nanti. i nak komersial kan Puding DiRaja ni di Bangi dan Melawati. gheeee :)
jom layan gambar-gambar perkahwinan Aunty i dua tahun lepas.
kalau boleh nampak dekat atas meja santapan tu ada Royal Pudding.
i juga berhajat nak Tengku Mahkota datang wedding i nanti.
tapi alangkah tidak masuk akal nya dari Pekan ke Kuala Lumpur semata-mata untuk menghadiri majlis i. ermm
wah.. kacak nya.. hihi
berbaju melayu purple belakang tu Tok Teh lelaki..
cik Tia berkebaya biru memegang camera
spot me spot me =P
gambar ni pulak sekitar majlis perkahwinan uncle i. Uncle Rifdi dan Aunty Haizan
picture courtesy from beautconnection.com
ketibaan VVIP.
i nak wedding i cenggini laa. baru bermakna :)
tak dapat Sultan Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob pun jadi lah.. hee
tarian zapin ke silat ke, i nak semua seragam.
cantik kan..
harus lah, nak dipersembah kat Sultan.
photographer-photographer pun berbaju melayu dan bersampin. memang semua segak-segak ;)
dayang-dayang dan hulubalang-hulubalang. heee
potong kek pun pakai pedang. cayalah. hihi
siapa ni. huduh nya cik Tia dolu-dolu -.-''
seronok nya kalau wedding cik Tia macam ni..
oh ye, Puding DiRaja dihidang di semua meja di dewan tu. heaven..
oh dan ada Mcdonald jugak untuk budak-budak dan tak ketinggalan untuk i dan cousins =P
p/s : best nya berangan. harap-harap jadi kenyataan :)














2 comments:
wahhh!! besar-besaran.. =)
hehe. belajar tinggi2 insyaAllah semua pun boleh tercapai =)
Post a Comment